Assalammualaikum
Isteri Untuk Disewa (Syamnuriezmil)
Sinopsis:
Anda mempunyai masalah dalam perhubungan?
Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda?
Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia?
Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya...
Orang untuk disewa!
Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876.
Anytime, Anywhere... I’ll be there.
Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah
jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja
hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan
lelaki yang boleh berkahwin empat.
“Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan.
“Ini
cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi
boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO.
“Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik.
“Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup.
Antara
pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat
menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua
pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh
hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?
Harga:
RM 29.90

No comments:
Post a Comment